I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 19, 2010

perjelasan mizz nina



Jika anda belum mendengar lagu What You Waiting For anda memang seorang yang ketinggalan, atau lebih tepat’nya orang panggil lambat loading.
Kontrovesi yang menyatakan lagi What You Waiting For adalah sebuah lagu yang menggalak’kan remaja melakukan seks bebas, parti sana sini sudah lama didengari. Kali ini giliran MizzNina untuk menjelaskan’nya.
Mizz Nina memberikan penjelasan bahawa,
Lagu itu dihasilkan untuk hiburan semata-mata. Ia hanyalah sebuah lagu tentang kemeriahan hidup dan pesta muda-mudi yang penuh warna-warni dan kegembiraan. Memang saya akui liriknya agak ‘nakal’ tapi ia hanya cerita dalam lagu itu. Bukannya saya ingin mendorong masyarakat untuk melakukan seperti mana dalam lagu itu. Ia hanyalah sebuah lagu dan tidak lebih daripada itu.
Tambah’nya lagi,
Mungkin ada yang menganggap saya sengaja ingin memprovokasi khalayak dengan lirik lagu yang begitu tapi bagi saya ia hanyalah sebuah lagu. Saya tidak fikir orang ramai akan terpengaruh atau menganggap saya menggalakkan atau mengagungkan gaya hidup masyarakat Barat pula. Saya harap masyarakat dapat menerima lagu itu dan muzik saya seadanya. Nikmatilah ia sebagai bentuk hiburan dan tanpa prejudis.

No comments:

Post a Comment